via http://1.bp.blogspot.com
Apakah islam itu mengenal teori
ekonomi? Pertanyaan itu sering sekali muncul baik dari kalangan Islam sendiri
atau orang berpaham ekonomi non syariah. Pertanyaan itu seakan menyudutkan
bahwa dengan sejarah yang begitu luar biasa Islam hanya fokus pada dakwah atau
perbaikan akhlak. Namun apakah Islam sesedarhana itu? Jauh sebelum berbagai
teori ekonomi saat ini ada Islam sudah terlebihdahulu menerapkan sistem ekonomi
yang tentgu saja berasa pada Al – Quran dan Hadist. Namun semua itu seakan
tertimbun oleh berbagai teori da berita keadaan sistem ekonomi yang modern.
Melihat kerencaman sistem yang makin jauh dari
nilai norma Islami dan keruntuhan akhlak tamadun dikalangan populasi manusia
muslim, menceritakan dan menggambarkan sejauh mana nilai akidah muslim hari
ini. Keruntuhan sistem kapitalis hari ini dalam ekonomi contohnya menunujukkan
kekalutan pemikiran manusia yang disangka sempurna dunia barat hakikatnya
menyimpang dari keamanan Islam sebenar. Sistem politik, ketenteraan,
pendidikan, pentadbiran dan juga pengurusan hari ini sebenarnya amat memerlukan
usaha muamalat(syariah) untuk mengambil tempat dalam hal ini.
Sistem
pasaran gagal yang dirajai kapitalis hari ini yang bermatlamat keuntungan
sangat dipandang berbeza tokoh ekonomi
Islam dahulu. Tuduhan fahaman teokrasi yang dilemparkan Barat ke atas
dunia pemerintahan Islam di zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah dan
seterusnya amat kurang tepat. Tuduhan mereka palsu belaka, pemisahan yang
dilakukan golongan Athies terhadap agama dengan muamalat amatlah celaka dan
tidak berguna kerana menganggap diri mereka lebih memahami manusia.
Disini
penulis ingin sekali menceritakan bagaimana penulisan sejarah sebelum ini
menggambarkan tokoh-tokoh seperti Mohammad Iqbal, Ibn Khaldun, Ibn Taymiyyah,
Al-Ghazali, Abu Yusof dan seumpamanya yang ditulis sebagai tokoh agama 100%
amatlah tidak tepat dan menyalahi nilai etika sejarah itu sendiri. Melihat
kepada penulisan-penulisan mereka kita dapat lihat nilai Islam yang menganjur
umatnya tunduk kepada Allah swt dan menyelongkar rahsia alam, menjadi sahutan
tokoh-tokoh ini. Mereka telah lama menghadam segala asas agama Islam sehingga
mencari ilmu bermanfaat lain demi kepentingan umat Islam dan membuktikan
kesyumulannya berbanding agama lain.
Penulis
meletakkan beberapa fasa, yang mana fasa-fasa ini hadir dari buah pemikiran
tuan guru penulis sendiri iaitu Profesor Dr. Joni Tamkin Borhan. Beliau
mendatangkan beberapa fasa selepas tamat zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Di antara
700 Masihi sehingga 1940-an terdapat 3 fasa diwujudkan. Tidak dinafikan
sumbangan awal pembukaan Islam sebagaimana dengan kewujudan konsep tabbaru’
yang dikatakan asas takaful menurut Prof. Dr. Abdullah Alwi ketika pembukaan
negara kecil Madinah sehinggalah kewujudan sistem pasaran dan cukai serta
kewujudan dewan Jundi di zaman Umar al-Khattab menceritakan pemikiran ekonomi
Islam diperingkat awal.
Begitupun
fasa yang lebih tersusun yang lahir dari tokoh-tokoh selepas Khalifah
Ar-Rasyidin melalui penulisan kitab mereka akan penulis sembahkan. Ini kerana
di zaman ini bermula satu fokus teori-teori khas tentang pemikiran ekonomi
Islam telah dibukukan.
Fasa Pertama (700 Masihi sehingga 1058 Masihi)
ABU
YUSOF (798 M)
·
Perintis pemikiran ekonomi Islam
awal, dengan pengenalan kitab terkenal beliau KITAB AL-KHARAJ.
·
Aplikasi teori beliau digunapakai
dalam zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.
·
Membincangkan kewangan secara umum,
pengurusan cukai, pembahagian tanah, keseimbangan harga dan tanggungjawab
kerajaan dalam ekonomi.
·
Perbincangan Abu Yusuf berkaitan
dengan sumbangan pertanian dan cukai yang dikenakan terhadap hasil dan ekuiti.
·
Dalam kitab beliau Abu Yusof ada
juga berbicara soal permintaan dan penawaran barangan dalam pasaran, kawalan
harga, ihtikar(sorokon barang), monopoli dan lain.
YAHYA
ADAM AL-QURASHI (818 M)
·
Beliau tokoh pemikir awal yang
mengemukakan teori kewangan awam di zaman Abbasi.
·
Buku beliau yang terkenal bernama
AL-KHARAJ juga yang tamat penulisan dan pembukuannya di zaman Khalifah
al-Ma’mun.
·
Yahya Adam Al-Quraishi melihat
himpunan kompilasi hadith yang pelbagai menjadi asas penyelesaian pertikaian permasalahan
berkaitan masalah ekonomi dalam negara terutama berkenaan isu Al-Ghanimah,
Al-Fai’ dan Cukai. Ini berbeza dengan Kitab Al-Kharaj (Abu Yusof) yang
meletakkan kaedah analisis undang-undang sebagai bermulanya teori penyelesaian
sesutu isu dalam negara.
ABU
UBAYD AL-QASIM B. SALLAM (838M)
·
Terkenal dengan KITAB AL-AMWAL
beliau yang menjadi kitab khas teori yang berkaitan kewangan Islam dizaman itu
yang mana kedudukannya setaraf denga AL-KHARAJ (Abu Yusof).
·
Dibahagian awal Kitab al-Amwal
beliau banyak menceritakan pengurusan harta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
·
Secara terperinci kitab ini banyak
menceritakan 3 jenis kutipan dan hasil iaitu zakat, al-ghanimah, al-fai’ dan
usyur.
ABU
QASIM AL-JUNAYD AL-BAGHDADI (910M)
·
Merupakan tokoh sufi(sufisme) yang
juga merupakan seorang ahli peniaga dan saudagar yang meyakini bahawasanya ilmu
tassawuf banyak mendidiki pasaran berlaku secara adil dan saksama serta
mengelak kepentingan diri dalam pasaran seterusnya membina falsafah ekonomi
Islam yang tersendiri berlainan dari fitrah sistem yang jauh dari nilai Islami.
·
Seterusnya menegaskan penerapan
nilai sufi banyak meletakkan pasaran dalam keredhaan dan nilai usaha yang
bermatlamatkan dunia dan akhirat serta berlandaskan syariah.
AL-MAWARDI
(d. 450 AH / 1058 AD)
·
Tokoh Islam yang masyhur ini
memiliki idealistik tersendiri. Latar belakang beliau yang terlibat dalam
politik dan pentadbiran kerajaan telah memungkin hadirnya KITAB AL-AHKAM
AL-SULTANIYAH di dunia ini.
·
Kitab ini banyak menyentuh perkaitan
ekonomi Islam dalam konteks Makro seperti meguruskan pendapatan dan
perbelanjaan, menjaga hak awam, dan hak istimewa dalam meluaskan pasaran.
·
Beliau menekan kewujudan Institusi
Hisbah yang diuruskan muhtasib selaku jurubicara keadilan dalam pasaran.
·
KITAB ADAB AL-DIN WA DUNYA,
merupakan kitab menyentuh perihal falsafah ekonomi Islam menurut Al-Mawardi
contohnya perilaku pasaran, kebajikan dan menjadi muslim yang baik.
·
Kitab ini juga membicarakan
pertanian, penternakan, perdagangan dan perindustrian sebagai empat sektor utama.
·
Beliau juga menyentuh perihal
kewangan Islam mengenai prinsip al-Mudharabah dalam kertas kerja beliau yang
dinamakan al-Hawi.
Kesimpulan Fasa Pertama
Fasa
pertama melihatkan pembukuaan awal secara penulisan dan pembentukan teori yang
banyak diaplikasikan dalam kehidupan dan sosiologi kemanusian ketika itu.
Tokoh-tokoh agama yang dilihat dari kaca mata golongan barat ini sebenarnya
duduk sama tinggi dalam pentadbiran kerajaan demi memastikan muamalat yang
bertepatan dengan syariat terbina.
Fasa
ini melihatkan kelahiran beberapa pakar fiqh dan sufi yang membentuk hukum
ekonomi Islam sama ada dibina dari sudut falsafah ataupun perundangan. Al-Qasim
Al-Junayd Al-Baghdadi sendiri memperlihatkan pemikiran sufi beliau tidak pernah
menghalang dari keterlibatan dalam muamalat dan meyakini falsafah dari sufisme
dalam membentuk pemikiran Islam berbanding tokoh lain yang membinanya dari
analisis perundangan mahupun kompilasi hadith.SS (Sumber rujukan
: http://pelitaperjalanan.blogspot.com)

Comments
Post a Comment